Asking Alexandria
Asking Alexandria

Asking Alexandria

Asking Alexandria ialah sebuah kumpulan muzik Inggeris dari York, Yorkshire Utara, yang terdiri daripada vokalis Danny Worsnop, pemain gitar Ben Bruce dan Cameron Liddell, pemain dram James Cassells dan pemain bes Sam Bettley.Muzik kugiran ini lazimnya disifatkan sebagai metalcore[1] tetapi pernah juga dilabel sebagai post-hardcore, screamo, hard rock dan heavy metal. Ben Bruce menerangkan perasaannya bahawa gaya lirik kugiran ini sebelum Reckless and Relentless adalah kurang matang. Kesemua ahli kugiran ini telah menyerlahkan minat terhadap muzik rock 1980-an, dan menunjukkannya dengan penerbitan seperti EP Life Gone Wild yang menampilkan cover lagu Journey, Mötley Crüe, Whitesnake dan Def Leppard.